Sebagai seorang insan yang lemah,kehidupan sering berikan 'hadiah mengejut' berupa kegembiraan atau kesedihan.Setiap hari,ada2 sahaja yang menanti kita di kampus,rumah,mahupun di kedai makan.Kita,apa lagi,terus berkongsi perihal perasaan kita,pada org lain,selalunya pada kawan kita.Kalau dapat berita gembira tu,terasa di awang-awangan je kan?Rase seperti ada sesuatu kuasa yang bawa kita terbang.Walaupun perasaan itu hanya sementara,tapi ternyata dunia kita lupakan,benar?Kalau 'hadiah' itu berupa kesedihan pula,dunia dirasakan amat kecil,bagaikan satu titik noktah yang boleh dipadam bila-bila sahaja.Rasa nak menyendiri je,fikirkan tentang apa yang dah berlaku.Persekitaran sekeliling tidak dihiraukan sama sekali,seperti tiada siapa pun yang wujud,melainkan diri kita sahaja.
Tapi,pernah kita terfikir untuk bersyukur ketika berada dalam kedua-dua situasi ini?Pernah tak kita terfikir akan sebab kita dihadapkan dengan ujian2 berupa kesedihan mahupun kegembiraan sama ada secara silih berganti atau pun sebaliknya?Walaupun kedua-dua situasi ini ternyata banyak perbezaannya,namun,pada hakikatnya,kurniaannya dalam hidup kita adalah atas satu misi,iaitu,untuk mengajar kita.Ya,meskipun sesuatu perkara yang telah berlaku itu adalah satu tragedi yang pahit,namun ada satu pengajaran yang terselindung disebaliknya.Seringkali sesuatu itu datang tanpa diduga dan kita harus redha dengan kata2 "kun fayakun" oleh Allah SWT.
Segalanya daripada Allah dan kepadaNya jugalah kita kembali.Hmm,kata2 yang amat mendalam kan?Tapi,kenapa kita mudah alpa dengan ketentuan Allah ini?Kenapa kita sering lupa walaupun kita sering mengingatkan diri?Sebab..kita kan manusia.Dikurniakan akal untuk berfikir,akal itu jugalah membuat kesilapan dengan melupakan ilmu didalamnya.Oleh itu,sentiasalah didik diri dengan ilmu dan didiklah hati untuk sentiasa beristighfar, tenang,senyum dan terus tersenyum dalam apa jua keadaan, ^_^.Redhalah dengan ketentuannya, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.

-ingat ni-


