Salam alaik,
Alhamdulillah,bermula 4 februari 2013, bermulanya tempoh praktikal saya. Sedar x sedar, cepat sungguh masa berlalu. Terasa seperti air sungai yang berlalu pergi..perasaan hambar menyelubungi diri. Mana x nye..Rasa cepat sangat masa2 saya bergelar pelajar campus,ntahlah. Rindu pada UNITEN, kawan2 disana, suasana hostel ILMU...rindu yang teramat,seolah-olah saya kini sedang berada di dunia yang asing,huuuuu.
~My Beautiful UNITEN~
Bercakap pasal praktikal ni pula, Alhamdulillah, saya dapat tempat di KL.Yup, praktikal di KL. Segala permohonan saya ke tempat sekitar bandar baru bangi, kajang dan cyberjaya, semuanya tiada respon yang positif. Malahan, hampir kesemuanya tidak memberikan respon,sedih kan?Yang saya mohon just for the sake of application di MSc, Alhamdulillah, melalui itulah rezeki melimpah ruah. Banyak tawaran syarikat yang diberikan,hoho. Pertama sekali, saya x pernah sesekali memilih KL kerana tempatnya yang gah di mata umum. Tapi, kali ini, saya lebih materialistik dalam membuat keputusan. Saya memilih KL kerana adenya tawaran elaun bulanan,huhu. Dapat tawaran di TNB ILSAS..cukup sempurna, tapi tiada sebarang elaun diberikan. Bukan ape. Apelah sangat elaun ni, tapi kalau boleh, saya nak berikan sekurang-kurangnya RM10 kepada mak selepas ulang-alik ke kerja. Yela, kalau boleh xnaklah pulangannya tangan yang kosong. Dahlah duit makan, minum, dan duit saku mak yang bagi. Kalau boleh saya nak juga bagi sesuatu sebagai pulangan. Mm, x mungkin saya boleh bayar balik, tapi sekurang-kurangnya, ade jugak input dari saya,huhu.
Oh KL..u know what, saya ulang alik ke tempat kerja naik komuter, hoho. X pernah2 terfikir akan travel seorang diri, tapi disebabkan LI, haritu dah travel dah sorang2 ke Damansara, naik taxi. Kali ni, naik komuter pulak, tiap2 hari,hoho. Hari saya bermula seawal jam 5 pagi, bersiap dan pukul 6 dah berada di stesen keretapi. Naik komuter ke KL Sentral, dan dari KL Sentral, saya akan naik monorail untuk ke KLCC. Dari KLCC pulak, I'll be walking from earth to moon ke tempat kerja. Serius, agak jauh jugaklah tempat kerja saya tu dari KLCC. Syukur kehadrat Ilahi, ade dibina jambatan sebagai laluan ke bangunan tempat saya kerja,hoho.
The feel of LI ni, sangatlah lain. It feels sooo different. X sangka saya dah berada dalam stage kehidupan yang seterusnya. Saya rasa amat janggal untuk menyesuaikan diri sekarang. Xtaulah, rasa sangattt lain dan agak sukar untuk menyesuaikan diri sebagai seorang yang sedang bekerja.Pelik kan?Tapi itulah yang saya sedang alami sekarang. Bayangkan perasaan berada di stesen keretapi seawal pukul 6/6.15 pagi dimana kesemua orang disana amat fokus kearah tujuan masing2, iaitu ingin ke pejabat. Masing2 seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri, diam dan terus diam dengan 'kehidupan' mereka itu. Paling2 'bising' pun, mereka akan tekan2 telefon canggih mereka, and thats it, malahan x 'bising' langsung sebenarnya, cuma ada penambahan watak dalam drama dunia yang lain tu, the handphone,hehe. Amatlah sunyi suasana di stesen keretapi tu dan bayangkan saya meredah suasana itulah tiap2 hari.
Oklah, apelah sangat saya nak bercakap dengan orang disana tiap2 pagi. Tapi, saya rasa amat janggal untuk menyesuaikan diri dengan suasana seperti itu. I told you right, It feels soo different.Rasa seperti di suatu alam yang lain sepanjang-panjang masa saya berada di KL dan dalam komuter. Saya rasa lega tiap2 hari, bila kaki saya berpijak di bumi Bandar Baru Bangi. Keseronokan tu, seperti kanak2 yang pulang kerumah setelah seharian di taska, hoho. Im so weird, haihhhh~ Bila dah tiba di Bangi, rasa gembira sangat, x sabar nak balik rumah. Ohhh pojie. .mengapa kamu sangatlah pelikkk...
Saya sampai terfikir, macam mana orang boleh
adapt dengan benda baru dalam hidup mereka. Dan bila mula berfikir, saya rasa apa yang saya lalui sekarang amatlah kecil berbanding dengan apa yang orang lain lalui. Contohnya kakak ipar saya yang sulung. Dia sampai berhijrah dari negara lain setelah berkahwin. Dia tinggalkan segalanya, tempat tinggalnya, keluarga, suasana, orang2 disana dan berhijrah kesini. Rasa sangat3 kagum dengan pengorbanan yang dia telah buat, dan rasa amat kagum cara di menangani ujian Allah yang sebegitu rupa. Saya, ujian kecik macam ni pun dah rasa luruh dah.
To be honest, saya rasa
homesick sebenarnya bila berada di KL. Rindu sangat2 pada Bangi. Rasa seperti di dunia
alien. Pelik kan??Saya lagilah pelik, padahal KL je kot. Bukannya negeri lain. Orang lain siap pergi ke negeri lain untuk belajar, macam kawan2 saya di UNITEN. Ada yang dari Muar, Kuantan, melaka, etc2. Knapelah saya rasa macam ni, huhuhu.
I've been wondering quite a while,
tapi, saya x nampak satu keyakinan ataupun sesuatu yang boleh meyakinkan saya dengan apa yang saya alami ni.
~Hmm, saya amat berharap perasaan saya dapat stabil balik, very soon.~
Bila dah berada di stage lain ni sebenarnye, baru in my whole entire life, sekarang saya rasa betul2 keseorangan, hanya saya dan Allah. Sebenarnye, hidup kita ni, teman kita di dunia, Allah sahaja. Seriusly, Allah SAHAJA. Segala yang kita ada di dunia sekarang, baik mak ayah kita sekali pun, kita x bawak pi 'sana' nanti. Hanya ape yang kita buat untuk Allah, apa yang kita buat bersaksikan Allah sahaja yang kita kita bawak sekali dengan kita kelak. Itu je weyh. Hidup duniawi sangat ringkas kan?Jauh lebih ringkas sebenarnye..cuma kita je yang rasa kehidupan dunia ni luas, besar, berat,lalalala, etc2..padahal setitik je sebenarnye kalau dibandingkan dengan akhirat yang bersifat kekal dan jauh sekali lebih awesome dengan kehidupan duniawi ni.
Ntahlah, kadang2 saya rasa saya berfikiran sungguh jauh, sampai ke syurga. Tapi bila difikirkan balik, itulah matlamat kita, dan memang patut pun kita fikirkannya selalu malahan, perlu kita sematkan di hati dan ingatkan hati kita setiap detik kita berada di dunia ni. Bayangkan, kita pi 'sana' nanti, tangan kosong. Bawak buku amalan je yang mana manusia x nampak langsung tapi terang dan nyata lagi bersuluh dimata Allah dan para malaikat. Dimata manusia, nampak mayat yang dibalut dengan kain kafan je, tapi dimata Allah dan malaikat, segalanya jelas tanpa sebarang unsur yang kabur,huhuhuhu, gerun~
UNITEN-LI-syurga-Allah
Inilah yang sering bermain di fikiran. Saya tak tahu langsung kenapa hati saya kali ni amatlah berat dan kenapa perasaan saya kali sungguh asing malah bagi diri saya sendiri. Ya Rabbi Ya Kareem, kenapa Ya Rabb? Saya amat buntu. Usrah dan majlis Ilmu x payah cerita lah kan. Lame giler dah tinggal. Bukan sebab hasrat hati(Naudzubillah), tapi sebab kekangan pengangkutan dan diri ini yang masih terikat dengan keluarga,huhu. Dulu masa di UNITEN, andai ada majlis Ilmu, kekangan hanya diri sendiri je. Kalau nak, pegi, kalau xnak, x pegi, SETTLE!Tapi sekarang, nakkkk sangat pegi, tapi x dapat, haishhh. Itulah peluang, x selalu ada. Bila ada dulu, ntah saya gunakan sebaiknya atau tidak. Itulah manusia, x fikir panjang, berfikiran sempit, fikirkan maslahat takat tu je, x fikir jauh, huhuhu.
Masa2 macam nilah baru faham akan mengapa perlu adanya teman yang dikatakan suami/isteri. Baru faham maslahat yang diperoleh setelah berkahwin dan baru faham kenapa perlunya berkahwin. Antaranya, boleh lakukan sesuatu keinginan ruh secara bersama. Masing2 boleh saling memahamkan hati masing2 InsyaAllah selalunya tiada kekangan, yelah bila masing2 dah faham,malahan mereka boleh buat sesuatu tu sama2 lagi, betul x?hoho. So, majlis ilmu pun mereka boleh pi sama2. Wahhhhh, seronok kan?Bila bercakap isu kefahaman, saya tak tau bagaimana nak fahamkan keluarga dengan semangat dan cinta saya pada dakwah, Ilmu dan Deen itu sendiri. Saya putus asa tanpa mencuba. Saya tak reti. Mm, naqibah minta berikan alamat rumah, diorang nak datang rumah. InsyaAllah, I need to prepare myself for that, Im not ready yet.Bukan ape, susah sket nak ajak kawan2 ke rumah, kene tengok keadaan rumah dulu, keluarga ok ke x etc2.
Tapi Alhamdulillah sangat2, sekurang-kurangnya keluarga boleh kenal rakan2 usrah dan naqibah saya sendiri dan mana tahu, kalau ada program Ilmu di masa hadapan, hati mereka lembut dan terbuka untuk membenarkan saya pergi. MasyaAllah!!X sabar!!InsyaAllah3..^_^. Nampak x?Alhamdulillah, Allah terus nampakkan solusi bagi hal ni. Tapi perihal LI saya ni, rasa berat je, alahai..apekah mungkin hikmah yang tersirat disebaliknya?Hmm, I'll wait, InsyaAllah..~
-catch u later!-