Salam alaik,
Tanya balik pada diri
sendiri..bila kita fikirkan tentang sesuatu keinginan yang kita letakkan jauh
disudut hati, tapi tak pernah kita buang. Setiap orang mesti ada keinginan,
manusia normallah. Ha, anda normal x?cewahh. Hmm, keinginan ni, suatu perkara
yang kita mesti letakkan sebagai 'goal' kehidupan
kita, sebagai sesuatu yang kalau x sekarang sekalipun, biarlah satu hari nanti,
kita boleh capai hasrat hati itu. Antara yang sering menjadi penghalang,
selalunya masa.
~@_@~
Yelah, setiap perkara ada 'timing' die. Kalau lari sket, susah sket nak 'back-on-track'.
Contohnya belajar. Bila belajar, kita kene ade strategi. Bila nak amik
diploma/degree..lepas tu, nak sambung 'master'
ke x..lepas tu, bila nak keje..nak sambung 'master'
sambil keje atau x..lepas tu, nak amik phd x.haih~Macam2 kan? Semua tu,
bukanlah susah, tapi, bukan semua tu boleh dibuat in 'one flow.' Realiti sekarang lah kan, ada yang ambil diploma dulu,
lepas tu amik degree. 'By the time' ade
segulung ijazah, umur dah brape, 23/24 tahun, Lepas tu, ade yang keje dulu.
Keje, 'sure' 2/3 tahun. Lepas keje,
bukan senang nak blaja balik, xde moodlah katakan. Umur, katakanlah dah 27
tahun;bagi wanita, bila nak kahwin?lelaki xpelah, 'no' hal. Wanita kalau x kahwin sebelum 30, susah oo~memang macam2.
~Caution!U are now entering the stress zone!~
Lepas kahwin, tu dah lain cerita pulak, 'a
new chapter of life' dah tu. Ha, kembali pada keinginan yang kita bincangkan
tadi. Blaja dah, keje pun dah, keinginan hati?Dah capai belum?Kalau keinginan
nak berdikari, mungkin dah capai lah kan, sebab dah keje. Macam mne pula dengan
keinginan hati yang perlukan duit, contohnya, sambung master di luar negara,
ha, perlu duit banyak tu, dan semestinya kita nak gune duit sendiri betul
x?Kalau nak tunggu duit sendiri, mesti kene keje lama lagi. Yelah, gaji yang
dapat bukan terus masuk simpanan. Potong sana,potong sini, lagi2 duit pinjaman
yang kita guna masa blaja dulu, untuk tu dah brape ratus dah kene potong tiap2
bulan, ha, gaji bpe je pun, lagi2 'newbie',
memang sikitlah kan?
Nampak x?Nampak x konflik2 yang timbul?Haaaa, kalau nampak
tu baguslah, menjadi gak skill 'storytelling' saya, hoho. Harap2 nampak lah ye.
bila difikirkan tentang konflik2 ni, rasa nak senyum lebarrr je macam baby ni kan?
'Click like if you feel the same'(tetibe),hehehe.
'Click like if you feel the same'(tetibe),hehehe.
Inilah KEHIDUPAN. INILAH kehidupan. Manusia hanya boleh merancang, ternyata perancangan Allah jualah yang terbaik. Tapi, manusia nak merancang pun susah, betul x? Perancangan perlukan ketelitian..ketelitian perlukan idea dan imaginasi..idea dan imaginasi perlukan pengalaman..hohoho. Amacam, hebat x Pencipta kita?Sebaik-baik perancang.MasyaAllah, hebatnya kekuasaan Allah itu, mengatur segala sesuatu bagi setiap makhluk begitu cantik, indah dan tepat sekali. Subhanallah!^_^.
Walaupun itu hakikat, manusia tetap perlu ade perancangan hidupnya yang tersendiri. Manusia perlu ade matlamat, destinasi dan strategi dalam mencapai matlamatnya itu.
Firman Allah :
Di dalam ayat ini, diterangkan dengan jelas bahawa Allah tidak akan mengubah nasib kita atau sesuatu orang itu melainkan jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Usaha kita sebagai MANUSIA perlu ada. Setelah itu, perlulah kita berserah dan redha dengan qada' dan qadar Allah keatas kita. Kalau kita sendiri tiada usaha kearah mengubah diri kita, atau kearah mencapai hasrat kita, susah lah bro..susah lah sis..Sebab, benda tu untuk diri kita sendiri, perlulah KITA yang usahakan, xkan ORANG LAIN pulak, betul x?“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra’ad: 11)
If we want something, we have to work for it!
What WE are now, is what WE and OUR GENERATION are in the FUTURE!
In short, WHAT we are NOW = OUR GENERATION later on. Good input from US = good output from THEM. Bad input from US = bad output from THEM. Tak seram sejuk ke? mood : beku*! Apa tunggu lagi? Teruskan pentarbiyahan diri, kalau x untuk kita, untuk anak-anak dan cucu kita, ok? ^_^
~Allahurabbi!~
-catch u later!-



