Thursday, 13 September 2012

Bilakan tiba..saat..itu..

the time will come,soon..very..very..soon

Salam alaik,

                        Alhamdulillah, tamat sudah pertempuran dengan peperiksaan semester 1, Tahun3.Huhu, dah masuk tahun ketiga dah belajar di UNITEN,tambah satu tahun pengajian asasi = hampir 4 tahun!Cepat sungguh masa berlalu.Ingat lagi masa SPM dulu, tekad nak ambil pengajian perubatan, setelah di'brainwash' oleh ahli-ahli keluarga, pengajian IT dijadikan minat baru.Sedar x sedar, dah hampir 4 tahun belajar IT+Sains Komputer.Dan dalam semester ni pula, dah ambil projek tahun akhir(fyp1).Ingat lagi antara wajah2 senior yang ambil fyp1 masa belajar dalam zaman asasi dulu.Bila dilihar wajah2 tu, boleh nampak aura kegigihan mereka dalam menyiapkan segala keperluan2 fyp.Bila dah ambil ni, baru terasa..aigooo~Bukan nak kata diri ni gigih, tapi, usaha kearah tu lah katakan.Nak tak nak, kerja mesti 'ontime', tiada alasan lambat.Kalau lambat, kesannya pada diri kita jugak.

              Ada sahabat-sahabat yang dah 'present', ada yang tunggu masa, ada yang tak tahu lagi bila mereka 'present'.Bila saya plak nak 'present'?InsyaAllah selepas 21 September 2012(tak lama lagi,aaa~).Report tak siap lagi, aigooo~InsyaAllah2, SOON!Cakap pasal tahun akhir ni, tak lama lagi kerja..tak lama lagi kahwin..tak lama lagi...(dan seterusnya).'Not to forget' mati yang bila2 sahaja kan datang.Walau apapun, perancangan tetap kena ada, walaupun Allah sahajalah sebaik-baik Perancang, kita sebagai manusia perlu ada usaha nak merancang jugak.Macam fyp, bila kita dah siap 'report', kita hantar pada 'supervisor'.Kalau ada salah, 'supervisor' betulkan dan bagi kat kita balik.Macam tulah, kita rancang, kalau Allah rasa perkara tu kurang OK bagi kita, Allah betulkan,hoho.

              Cakap tentang perancangan, banyak perancangan dalam kepala.Hmm, perancangan dah ada, tapi banyak.Tak tahu dah nak 'execute' yang mana.Setiap perancangan tu, ada sebab dan kesannya.



~Ya Rabbi, permudahkanlah urusan ku~

              Dalam hidup ni juga, nak tak nak,kita harus terima kenyataan dan tanggungjawab yang Allah sendiri letakkan pada bahu kita.Contohnya, lelaki/suami=pemimpin, wanita/isteri=dipimpin. Bila cakap pasal perkahwinan pulak,MasyaAllah,macam2 boleh jadi topik perbualan. Sungguh luas, dan sungguh bermakna setiap isu itu,sama seperti perkahwinan itu sendiri. Bagi wanita, mereka tunggu bilakan datang 'Adam' yang didamba..bagi lelaki pula,mereka tunggu bilakan tiba 'Hawa' yang dipinta.Tunggu punya tunggu...tapi bila?Adalah masanya.Bila sampai masanya, cakkkkkk!!dah ada di depan mata kita, tanpa kita duga,hoho.Tapi,inilah lumrah dan ketentuan Allah.Allah tak beritahu segala ketentuanNya keatas kita,tapi, bila sampai masanya, Allah tunjukkan.

~ehem2~

              Segalanya dah ditetapkan, jadi apa tugas kita?Buat persediaan.Allah tentukan sesuatu sebab Dia tahu itu yang terbaik buat kita dan sebab Dia tahu kita mampu.Allah pun yakin dengan kita,mengapa tidak kita,bukan?Saya selalu tanya balik pada diri perihal hal ini.Persediaan tak semestinya drastik,'all in one go, of course not!' Ingat kisah arnab dan kura2? 'Slow and steady,wins the race. So do we,life is a race right?So, to win, be slow!'^_^.Persiapkan diri dengan bekalan ilmu agama, ilmu duniawi, skill dan soft-skill yang secukupnya.Banyak cara untuk dapatkan ilmu, bukan sekadar ilmu dari buku, tapi juga ilmu yang dipelajari dari golongan-golongan yang ilmuwan.

              Tambahan pula ilmu2 di laman2 sosial seperti facebook dan twitter, semakin luaslah medan untuk menimba ilmu.Tapi pastikan ilmu itu dari sumber yang sahih,contohnya dari golongan ilmuwan dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah.Masa sentiasa ada untuk segalanya, bergantung pada kita, bagaimana dan bila kita nak gunakan masa tersebut.Hmm, bercakap pasal ilmu ni, jika kita lihat diri kita di landasan yang benar, Alhamdulillah,jika tak,usaha,usaha dan usaha ke arah tu.Pernah tak kita terfikir sejenak bagaimana dengan generasi2 kita kelak?Mengapa saya berkata begitu?Yelah,kita sekarang ni pun,bergelut dengan kemelutan ilmu2 dari sumber2 yang tidak sahih dan sebagainya, pada zaman generasi akan datang, tak tahulah apa yang akan jadi.Dunia berkembang dengan begitu drastik, tetapi manusia?seakan-akan masih ditakuk lama, tak pun semakin mundur dari segi akhlak dan pemikiran( x semualah ye, jangan marah, ^_^)

              Haihlah manusia, macam2 ragam.Tapi,antara yang sangat 'menarik' pada zaman kita sekarang ni ialah demam ustaz.Demam ustaz?hoho,yup. Zaman sekarang, ustaz2 'famous' kot.


~Hehe~

               Dari sekecil - kecil benda, ke sebesar- besar perkara, semua orang mesti kata, “Tanyalah ustaz”, hehe. Ustaz2 zaman sekarang pulak, masing dah ada gaya dan cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah, sekaligus menarik perhatian terutamanya golongan remaja kearah Islam. Mereka ni, ustaz2 biasa je, tapi bila sampaikan sesuatu, mesti dengan cara mereka yang luar biasa. Ada ustaz tu, memang sempoi habislah dalam menjawab pertanyaan2 orang ramai. Unsur2 lawak dimasukkan sekali dalam jawapannya tu, jadi bila orang baca/dengar, terus tertarik dan nak baca/ dengar lagi! 


               Ada sorang ustaz ni pulak, salah seorang yang saya kagum jugalah. Ustaz ni pulak, bila sampaikan sesuatu, mesti jelas dan terang. Cara penyampaian dia tu, memang 'one of a kindlah. Setiap perkara yang dia sampaikan, mesti dia ulang dan pastikan semua faham dengan jelas apa yang dia sampaikan tu, sebelum dia masuk ke bahagian yang seterusnya. Ditambah pula dengan loghat utagha + teknik ulangan dia tu, memang terbaik ar ustaz tu!Ha, amacam, hebat kan ustaz2 zaman sekarang?Ustaz2 lain pun x kurang hebatnya, masing2 ada 'style' yang tersendiri dalam berdakwah. Yang penting, berdakwah, betui dak? hehe. 

               Ape2 sekalipun, masa yang ada jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan sebaik mungkin, 'atleast try to'. Ingat, kita ni daei tau, bkn orang biasa2, tapi luar biasa.. ^_^. 

-catch u later!-