Sunday, 11 November 2012

Next Stage..


      Salam alaik,

                Tanya balik pada diri sendiri..bila kita fikirkan tentang sesuatu keinginan yang kita letakkan jauh disudut hati, tapi tak pernah kita buang. Setiap orang mesti ada keinginan, manusia normallah. Ha, anda normal x?cewahh. Hmm, keinginan ni, suatu perkara yang kita mesti letakkan sebagai 'goal' kehidupan kita, sebagai sesuatu yang kalau x sekarang sekalipun, biarlah satu hari nanti, kita boleh capai hasrat hati itu. Antara yang sering menjadi penghalang, selalunya masa. 


~@_@~

                 Yelah, setiap perkara ada 'timingdie. Kalau lari sket, susah sket nak 'back-on-track'. Contohnya belajar. Bila belajar, kita kene ade strategi. Bila nak amik diploma/degree..lepas tu, nak sambung 'master' ke x..lepas tu, bila nak keje..nak sambung 'master' sambil keje atau x..lepas tu, nak amik phd x.haih~Macam2 kan? Semua tu, bukanlah susah, tapi, bukan semua tu boleh dibuat in 'one flow.' Realiti sekarang lah kan, ada yang ambil diploma dulu, lepas tu amik degree. 'By the time' ade segulung ijazah, umur dah brape, 23/24 tahun, Lepas tu, ade yang keje dulu. Keje, 'sure' 2/3 tahun. Lepas keje, bukan senang nak blaja balik, xde moodlah katakan. Umur, katakanlah dah 27 tahun;bagi wanita, bila nak kahwin?lelaki xpelah, 'no' hal. Wanita kalau x kahwin sebelum 30, susah oo~memang macam2. 


~Caution!U are now entering the stress zone!~

                 Lepas kahwin, tu dah lain cerita pulak, 'a new chapter of life' dah tu. Ha, kembali pada keinginan yang kita bincangkan tadi. Blaja dah, keje pun dah, keinginan hati?Dah capai belum?Kalau keinginan nak berdikari, mungkin dah capai lah kan, sebab dah keje. Macam mne pula dengan keinginan hati yang perlukan duit, contohnya, sambung master di luar negara, ha, perlu duit banyak tu, dan semestinya kita nak gune duit sendiri betul x?Kalau nak tunggu duit sendiri, mesti kene keje lama lagi. Yelah, gaji yang dapat bukan terus masuk simpanan. Potong sana,potong sini, lagi2 duit pinjaman yang kita guna masa blaja dulu, untuk tu dah brape ratus dah kene potong tiap2 bulan, ha, gaji bpe je pun, lagi2 'newbie', memang sikitlah kan?

               Nampak x?Nampak x konflik2 yang timbul?Haaaa, kalau nampak tu baguslah, menjadi gak skill 'storytelling' saya, hoho. Harap2 nampak lah ye. 


 
bila difikirkan tentang konflik2 ni, rasa nak senyum lebarrr je macam baby ni kan?
'Click like if you feel the same'(tetibe),hehehe.

              Inilah KEHIDUPAN. INILAH kehidupan. Manusia hanya boleh merancang, ternyata perancangan Allah jualah yang terbaik. Tapi, manusia nak merancang pun susah, betul x? Perancangan perlukan ketelitian..ketelitian perlukan idea dan imaginasi..idea dan imaginasi perlukan pengalaman..hohoho. Amacam, hebat x Pencipta kita?Sebaik-baik perancang.MasyaAllah, hebatnya kekuasaan Allah itu, mengatur segala sesuatu bagi setiap makhluk begitu cantik, indah dan tepat sekali. Subhanallah!^_^. 

             Walaupun itu hakikat, manusia tetap perlu ade perancangan hidupnya yang tersendiri. Manusia perlu ade matlamat, destinasi dan strategi dalam mencapai matlamatnya itu. 

Firman Allah :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra’ad: 11)
           Di dalam ayat ini, diterangkan dengan jelas bahawa Allah tidak akan mengubah nasib kita atau sesuatu orang itu melainkan jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Usaha kita sebagai MANUSIA perlu ada. Setelah itu, perlulah kita berserah dan redha dengan qada' dan qadar Allah keatas kita.  Kalau kita sendiri tiada usaha kearah mengubah diri kita, atau kearah mencapai hasrat kita, susah lah bro..susah lah sis..Sebab, benda tu untuk diri kita sendiri, perlulah KITA yang usahakan, xkan ORANG LAIN pulak, betul x?

If we want something, we have to work for it!
What WE are now, is what WE and OUR GENERATION are in the FUTURE!


              In short, WHAT we are NOW = OUR GENERATION later on. Good input from US = good output from THEM. Bad input  from US = bad output from THEM. Tak seram sejuk ke? mood : beku*!  Apa tunggu lagi? Teruskan pentarbiyahan diri, kalau x untuk kita, untuk anak-anak dan cucu kita, ok? ^_^

~Allahurabbi!~


-catch u later!-


Thursday, 13 September 2012

Bilakan tiba..saat..itu..

the time will come,soon..very..very..soon

Salam alaik,

                        Alhamdulillah, tamat sudah pertempuran dengan peperiksaan semester 1, Tahun3.Huhu, dah masuk tahun ketiga dah belajar di UNITEN,tambah satu tahun pengajian asasi = hampir 4 tahun!Cepat sungguh masa berlalu.Ingat lagi masa SPM dulu, tekad nak ambil pengajian perubatan, setelah di'brainwash' oleh ahli-ahli keluarga, pengajian IT dijadikan minat baru.Sedar x sedar, dah hampir 4 tahun belajar IT+Sains Komputer.Dan dalam semester ni pula, dah ambil projek tahun akhir(fyp1).Ingat lagi antara wajah2 senior yang ambil fyp1 masa belajar dalam zaman asasi dulu.Bila dilihar wajah2 tu, boleh nampak aura kegigihan mereka dalam menyiapkan segala keperluan2 fyp.Bila dah ambil ni, baru terasa..aigooo~Bukan nak kata diri ni gigih, tapi, usaha kearah tu lah katakan.Nak tak nak, kerja mesti 'ontime', tiada alasan lambat.Kalau lambat, kesannya pada diri kita jugak.

              Ada sahabat-sahabat yang dah 'present', ada yang tunggu masa, ada yang tak tahu lagi bila mereka 'present'.Bila saya plak nak 'present'?InsyaAllah selepas 21 September 2012(tak lama lagi,aaa~).Report tak siap lagi, aigooo~InsyaAllah2, SOON!Cakap pasal tahun akhir ni, tak lama lagi kerja..tak lama lagi kahwin..tak lama lagi...(dan seterusnya).'Not to forget' mati yang bila2 sahaja kan datang.Walau apapun, perancangan tetap kena ada, walaupun Allah sahajalah sebaik-baik Perancang, kita sebagai manusia perlu ada usaha nak merancang jugak.Macam fyp, bila kita dah siap 'report', kita hantar pada 'supervisor'.Kalau ada salah, 'supervisor' betulkan dan bagi kat kita balik.Macam tulah, kita rancang, kalau Allah rasa perkara tu kurang OK bagi kita, Allah betulkan,hoho.

              Cakap tentang perancangan, banyak perancangan dalam kepala.Hmm, perancangan dah ada, tapi banyak.Tak tahu dah nak 'execute' yang mana.Setiap perancangan tu, ada sebab dan kesannya.



~Ya Rabbi, permudahkanlah urusan ku~

              Dalam hidup ni juga, nak tak nak,kita harus terima kenyataan dan tanggungjawab yang Allah sendiri letakkan pada bahu kita.Contohnya, lelaki/suami=pemimpin, wanita/isteri=dipimpin. Bila cakap pasal perkahwinan pulak,MasyaAllah,macam2 boleh jadi topik perbualan. Sungguh luas, dan sungguh bermakna setiap isu itu,sama seperti perkahwinan itu sendiri. Bagi wanita, mereka tunggu bilakan datang 'Adam' yang didamba..bagi lelaki pula,mereka tunggu bilakan tiba 'Hawa' yang dipinta.Tunggu punya tunggu...tapi bila?Adalah masanya.Bila sampai masanya, cakkkkkk!!dah ada di depan mata kita, tanpa kita duga,hoho.Tapi,inilah lumrah dan ketentuan Allah.Allah tak beritahu segala ketentuanNya keatas kita,tapi, bila sampai masanya, Allah tunjukkan.

~ehem2~

              Segalanya dah ditetapkan, jadi apa tugas kita?Buat persediaan.Allah tentukan sesuatu sebab Dia tahu itu yang terbaik buat kita dan sebab Dia tahu kita mampu.Allah pun yakin dengan kita,mengapa tidak kita,bukan?Saya selalu tanya balik pada diri perihal hal ini.Persediaan tak semestinya drastik,'all in one go, of course not!' Ingat kisah arnab dan kura2? 'Slow and steady,wins the race. So do we,life is a race right?So, to win, be slow!'^_^.Persiapkan diri dengan bekalan ilmu agama, ilmu duniawi, skill dan soft-skill yang secukupnya.Banyak cara untuk dapatkan ilmu, bukan sekadar ilmu dari buku, tapi juga ilmu yang dipelajari dari golongan-golongan yang ilmuwan.

              Tambahan pula ilmu2 di laman2 sosial seperti facebook dan twitter, semakin luaslah medan untuk menimba ilmu.Tapi pastikan ilmu itu dari sumber yang sahih,contohnya dari golongan ilmuwan dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah.Masa sentiasa ada untuk segalanya, bergantung pada kita, bagaimana dan bila kita nak gunakan masa tersebut.Hmm, bercakap pasal ilmu ni, jika kita lihat diri kita di landasan yang benar, Alhamdulillah,jika tak,usaha,usaha dan usaha ke arah tu.Pernah tak kita terfikir sejenak bagaimana dengan generasi2 kita kelak?Mengapa saya berkata begitu?Yelah,kita sekarang ni pun,bergelut dengan kemelutan ilmu2 dari sumber2 yang tidak sahih dan sebagainya, pada zaman generasi akan datang, tak tahulah apa yang akan jadi.Dunia berkembang dengan begitu drastik, tetapi manusia?seakan-akan masih ditakuk lama, tak pun semakin mundur dari segi akhlak dan pemikiran( x semualah ye, jangan marah, ^_^)

              Haihlah manusia, macam2 ragam.Tapi,antara yang sangat 'menarik' pada zaman kita sekarang ni ialah demam ustaz.Demam ustaz?hoho,yup. Zaman sekarang, ustaz2 'famous' kot.


~Hehe~

               Dari sekecil - kecil benda, ke sebesar- besar perkara, semua orang mesti kata, “Tanyalah ustaz”, hehe. Ustaz2 zaman sekarang pulak, masing dah ada gaya dan cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah, sekaligus menarik perhatian terutamanya golongan remaja kearah Islam. Mereka ni, ustaz2 biasa je, tapi bila sampaikan sesuatu, mesti dengan cara mereka yang luar biasa. Ada ustaz tu, memang sempoi habislah dalam menjawab pertanyaan2 orang ramai. Unsur2 lawak dimasukkan sekali dalam jawapannya tu, jadi bila orang baca/dengar, terus tertarik dan nak baca/ dengar lagi! 


               Ada sorang ustaz ni pulak, salah seorang yang saya kagum jugalah. Ustaz ni pulak, bila sampaikan sesuatu, mesti jelas dan terang. Cara penyampaian dia tu, memang 'one of a kindlah. Setiap perkara yang dia sampaikan, mesti dia ulang dan pastikan semua faham dengan jelas apa yang dia sampaikan tu, sebelum dia masuk ke bahagian yang seterusnya. Ditambah pula dengan loghat utagha + teknik ulangan dia tu, memang terbaik ar ustaz tu!Ha, amacam, hebat kan ustaz2 zaman sekarang?Ustaz2 lain pun x kurang hebatnya, masing2 ada 'style' yang tersendiri dalam berdakwah. Yang penting, berdakwah, betui dak? hehe. 

               Ape2 sekalipun, masa yang ada jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan sebaik mungkin, 'atleast try to'. Ingat, kita ni daei tau, bkn orang biasa2, tapi luar biasa.. ^_^. 

-catch u later!-

Wednesday, 11 July 2012

Oh Muslimah!


~Wanita solehah mungkin tidak cantik dimata manusia, TAPI sangat anggun di mata Allah~

Subhanallah,cantikkan quote ni?Saya ambil dari fb : 


Ternyata benar quote ni.Islam pada zaman sekarang dah mula menjadi 'asing' di mata manusia seperti mana hadis Rasulullah SAW :

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)

Wanita zaman sekarang yang bertudung cukup syarat(labuh sehingga ke bawah dada) pun dah dilabel sebagai 'muslimah tudung labuh'.Yang pakai purdah, lagilah.Lebih besar cabaran an rintangan yang harus mereka hadapi.Tetapi,tidak ramai yang tahu,atau,rasanya TIADA yang tahu betapa CANTIKNYA mereka2 yang bergelar muslimah,especially yang memakai purdah ini.They save their beauty for THE one,MasyaAllah,which is soo not easy u know !Nafsu sendiri adalah musuh terbesar bagi insan2 terpilih seperti ini,apatah lagi ahli keluarga dan orang lain.Tapi,mereka redah segalanya.Subhanallah,sesungguhnya segala kekuatan dan kekentalan jiwa mereka ini adalah dari Allah jua,The Almighty..Awesome!^)_(^


Muslimah
hmm~
Tidak mudah sama sekali untuk menjadinya,
Ada yang mengelak,
Ada yang tak selesa,
Ada yang pandang 'asing'!
haish,
humans~
Walau apa pun,bersyukurlah andai anda rasa diri anda muslimah,
^)_(^

Menjadi muslimah tidaklah mudah, dan pada masa yang sama, tidaklah sukar.Tingkatkan ilmu, sucikan diri dengan iman, letakkan niat and GO FOR IT!!Bila dah jadi muslimah, grab a fesyen of your style, but of course, yang selaras dengan tuntutan agama lah ye.Biarlah kita jadi muslimah yang melambangkan Islam dan diri kita sendiri.No need to copy-cat, you are beauty the way you are~

~Jom jadi muslimah!!^)_(^~

~photos : credit to Google~


-catch u later!~


Saturday, 5 May 2012

kan ana,enti dan enta seorang muslim..^)_(^


"Ibu bapa mengajar kita apa itu dunia,sahabat membawa kita bersama-sama mengenali dunia."

Salam alaik,

Setiap insan yang kita temui dalam dunia ini mempunyai sikap yang tersendiri.Dari perspektif kita,sikap mereka terbahagi pada dua,positif dan negatif.Seringkali kita melihat dan ingat akan sikap mereka yang negatif,sehinggakan mata kita buta pada kecantikkan akhlak mereka yang positif itu.Hmm,itulah lumrah kita sebagai seorang manusia.Hal itu ramai yang tak sedar,sehinggalah mereka kehilangan atau jauh dari insan tersebut.Bile dah jauh,barulah nk rindu2 dengan org tu..Dulu x pulak mcm tu kan,betul x?Terutamanya dalam bersahabat.Haish..sepanjang persahabatan,kadang2,dengan sesetengah org tu,ade2 je yang kite x kene dengan die.Bukannya sebab asyik kita yang cari pasal,x.Tapi,sebab memang x 'serasi bersama' bak kata org,cewahh.Perkara2 macam ni,kebanyakkannya berlaku berikutan nafsu kita yang termakan suapan syaitan.Kita ikut je kata hati,akal yang menyapa pun kita xnak pandang,sampaikan kadang kala,rasa nak jauh je dengan orang tu,atas alasan tidak suka.Haish..Bile difikirkan balik,teruknya perangai kita bergelar manusia ni kadang2 kan,adoi2.Sebagai seorang manusia,kita tidak sama sekali patut salah anggap,x suka atau benci pada saudara kita yang lain,mahupun yang Islam,ataupun yang bukan Islam.

"Islam dont teach us that.Islam is a beauty of itself.If we ourself are pacing up to be a mukmin,Alhamdulillah,go on.But dont ever tarnish the name of Islam with our act and called ourselves proudly as a 'Good Muslim'."

Manusia itu unik kesemuanya.Oleh itu,explore,explore dan terus explore akan ciptaan Allah yang antara sebaik-baik ciptaan ini,kerana kekuasaan Allah yang bakal kite ketemui..

Tapi kan..

Kadang2,kite rase kite x buat ape2 pun,tp lain je cara layanan orang pada kite kan?Tibe2,bagaikan 'tagline' 'superhero' di kaca tv,'bertukar!!',dan semuanya berubah.Tapi kenapa eh?Hmm,and the thought continues.I dont know why, but humans are just soo unpredictable(from what I discover so far).We might just have put our judgement on a person like just a few seconds ago, and she/he would be acting to the opposite way the very next second.

Andai judgemental kita pada asalnya pada orang itu berupa sesuatu yang salah tentang dirinya dan bila dia cam 'ok' lepas tu, xpelah jgak,sejuk je hati.Tapi bila sebaliknya yang berlaku,aduhh,hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Mm,buka salah kita jugak right untuk meletakkan sesuatu tanggapan kepada seseorang tu, dah itu lumrah kita.Tapi tulah, DONT EVER DO THAT.Jangan sesekali meletakkan sesuatu tanggapan kepada sesiapa sekalipun,kerana tiada yang kekal seadanya kerana kita kan manusia,hehe.

Subhanallah, lumrah manusia yang ini pun salah satu ujian juga kan.Hmm,macam2 saya belajar daripada ujian Allah yang berupa manusia ini.Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana diberikan peluang yang seperti ini.Kecewa, sakit hati,pening,etc2,segalanya kita alami ketika mana kita berhadapan insan2 yang seperti ini.Tapi ingat, Allah kan timpakan ujian kerana Allah sayang, ^)_(^.Jadi, senyummmmm, semoga Allah memberikan kita sepenuh kekuatan untuk berhadapan dengan ujian2 yang ditimpakannya.


"Segalanya dari Allah, dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali."

-catch u later!-